Era Datuk Shuhaimi Kamarudin Pergerakan_Pemuda_UMNO

Suhaimi Kamaruddin merupakan anak saudara Datuk Harun Idris dari Selangor. Beliau diharapkan radikal sebagaimana Harun Idris. Era Pemuda Bertindak menjadi slogan pemuda UMNO.

Bagi mempertahankan jawatan dalam pertandingan ketua pemuda UMNO menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suhaimi mencadangkan sasaran ekonomi orang Melayu / Bumiputera mestilah 53 % , bukan lagi 30 %. Namun begitu pemuda UMNO sendiri tidak setuju kerana sasaran 30 % pun belum tercapai. Mereka memberi undi kepada anak didik Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim.